Thursday, November 10, 2011

Tips Psiko Budak-Budak Main Kat Luar Rumah

Assalamualaikum,
entri menghalau anak jiran:D


bapak budak yg den suko :D
"ala tomey tomey"


1>Bagi Coki-Coki
-Berdasarkan pengalaman,kaedah ini sangat popular digunakan oleh makcik-makcik yang sedang hadap nak tidur petang-petang.
“dik.. main kat luar ya. Makcik nak tidur lah. .bising!”
“nak main dengan kucing ..nak main dengan kucing!!”
“nah coki-coki!  balik eh”
 “………..”
Baik budak itu .Diam seribu kata. Hohoi ..kalau dapat AA ,“aii tak mainlah coki-coki,nak  ferrrrerrro roceh. Boleh? "



 "muka i seksi wokay not scary,huh! "


2>Buat Muka Undertaker
-Budak sekarang tengok citer hantu pon selamba rock je ketawa tanpa henti. Apa kata korang buat muka macam undertaker.Kasi mereka teruja dengan bakat kita ada untuk menakut-nakutkan mereka..Hehehe. Sekali percubaan memang tak jadi. Cuba buat rehearsal duabelas kali sure nampak mantap kesannya.Lari lintang pukang kaw..Hahaha


3>Madah Berhelah
-Katalah jikalau dua-dua tips tadi tak jalann.. Korang boleh ambil idea ,konon konon mak bapak diorang(jiran)panggil walhal tak pun
dik,tadi abang ada dengar mak panggil. Baik balik cepat”



4-Pukau
-Eh ingat dalam drama petang-petang je ada sesi pukau memukau? Realiti pon ada. Memandangkan didalam rumah korang banyak sangat barangan berharga mencecah jutaan hengget, kasi pukau jela aiihh senang! Yang ni bukan pukau ngarut2 tu la kak dan abang.. Tapi bukakla channel bual bicara ke.. keroncong bersama ke..  sampai diorang mengantuk dan berkeruh perlahan-lahan . Haa,gasaklahh usung dalam bonet ..eh macam kejam pulak,buat panggilan dekat mak mak diorang(jiran) suruh ambiklaa.. Hehehe. Kalau nak suruh abang/akak yg sporting hantar pon boleh.

 
“hey Kiah,tak koser I nak hantar anak u. ambik cepat!!”

"yelaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh ” *tumbuk teddy bear

5>Kunci Pintu
 - kalau time tuh mood korang asyik nak baling pinggan je better guna kaedah ini..Buat-buatlah konon nak pergi pasar,pergi keje,siram pokok bunga jiran sebelah punye sebelah*pitam  Kan? Siap sedialah nak kunci rumah walhal acah-acah je pun .. Hehehe


BUKAN APA,hal ini bagi mengelakkan:
-Ibu bapa mereka risau kalau asyik main di rumah kita.. Sesekali nak tengok ikan laga-laga,main kucing,main dengan adik takpelah .Kalau selalu, tak sempat nak melayannye..Hehe
- Orang tua-tua memanglah suka dengan budak-budak kan, remaja nih rimas jugak nak layan dengan merengek bagai..



Korang pernah guna kaedah mana?
Ececehh.. bajet muka penyayang pulek. Hehe




NOTA KAKI 1: Awak.. awak.. cantik tak header baru saya? :P
NOTA KAKI 2: Entri ini tiada kene mngena dengan musim raya skunk ya .tq

Tuesday, November 8, 2011

Siapa Rasa Dia Lelaki Gentleman, Angkat Tangan!

Assalamualaikum.. Amacam raya ok? ^^




Fuh! Lama giler tak bukak topik pasal lelaki dan perempuan, Kan? Kan?
Oleh itu, hari ini nak beri gambaran sedikit /tips pasal lelaki gentleman yang orang pompuan perlu tahu.
Orang kata, lelaki gentleman ini menjadi impian kepada peremm.. perempuan diluar sana. Tapi apakah ciri-ciri yang patut mereka ada ? haa,meh sini den nak koba..  

walaupun ada kekurangan,tapi dia mampu selamatkan nyawa 
orang yang dia sayang dengan cara tersendiri (best citer ni)


1>Tidak pandai menunjukkan emosinya

-Kalau dihadapan wanita,dia pandai mengawal kemarahan..Adakah begini?


“awak.. ambil saya dekat office sekarang!” “ya..”

“awak.. malam ini kita dinner sama-sama.. no excuse!”  “err… ada bola camne?”


Orang pompuan selalu salah tafsir jika lelaki itu naikkan nada suara. Orang lelaki bukan nak marah tak semena-mena. Tapi dia rasa.. ego dalam diri dia telah terkongkong jadi wajarlah dia bersuara ,kalau perlu rite? Sesekali mintak tulung xpela.. Kalau galak galak kali? Wahai sang bunga,anda harus memahami juga ya. Melainkan kalau anda dapat jenis kumbang yang berkira tak tentu pasal lainlahh.. haa,sembur je dengan ridsect perisa stroberri .heh?


2>Bijaksana VS hensem

-Lelaki bijak tak semestinya hensem.. Lelaki hensem juga tak semestinya otak bergeliga. Kalau ada dua-dua, AA boleh kata.. Untunglah! ^^


3>Keyakinan diri itu penting ya abang-abang

-Orang pompuan ni ,kalau hati dia dah berbunga-bunga dekat lelaki itu.. Sikit masa lagi,dia senyumlah sorang-sorang.. touch up mana patut.. err yeke? Hahaha…Jadi lelaki itu semestinya cukup sipat sebagai pembela wanita dan keyakinan diri yang tinggi bak menara KLCC di malam hari.


“Sayang jangan risau.. Abang ada, bersandarlah dibahu ini kalau ada masalah lagi ya selepas ini” *wekkk Geli !

Orang lelaki penuh keyakinan didada ini,seorang yang open minded dan mampu membuatkan orang pompuan ‘cair’.. Waduh!  Mulalah pompuan itu cakap terketar-ketar.. Mata tak memandang.. Jantung terhenti duopoloh saat.. Lalala


4>Dilihat Manis,Dipandang lagi sekali pon manis

-Bukan manis dek rupa kau yang macam gula lahh. Tapi tapi.. Lelaki ini cukup sipat pribadinya sebagai seorang yang shopan shantunn (sopan santun) dan bertimbang rasa .Kalau sopan santun itu, bukan saje pada orang tua tetapi segenap umur lah.Bertimbang rasa pula,dia akan dahulukan orang lain daripada kepentingan diri sendiri. 


“senyuman dia bukan sebarang senyuman tetapi terpancar luv-luv lah kalau tengok.. aww!”

 sape dia ni? dah lah suka interframe dalam blog ini. hoihoi.. si kurus!

 (lokasi: Presint 1,Putrajaya, 1.11.11--> nombor cantik)

TAPI, Menjadi tak Gentel-Man kalau lelaki itu...
1) Kalau orang pompuan bawa banyak barang.. Dia buat bodos tanpa tanya sama ada perlukan pertolongan @ tak .
“kau kau emak aku ker? Lantaklahh” --> tak patut
 2) Kalau berjalan –jalan di Mid Valley, boleh pulak dia ekor orang pompuan. Bukan duk depan atau seiring sejalan…  kalau AA tak mainlah ekor,dukung je ! *wekk
3) Ada kerusi kosong didalam bas tapi dia pulak kemain duduk dulu. Eh tak patut! Tak patut.. Err sometime patut gak ,lagi-lagi berebut nak ke kelas. Hahaha..
4) Orang pompuan order,dia boleh pulak kira semut atas meja. Eh AA kata tak patut! Sebab tak ajak den kira sekali. Err..
5) Kalau orang pompuan ngadu apa-apa masalah dia boleh pulak kata,

“tak tahu”

“awak selesailah dulu,saya ada keje sikit”

“ikut awaklah..”






NOTA KAKI: Dulu-dulu .. Masa jadi pengawas ,cikgu selalu enteng budak macam kami supaya jawab soklan dan mari ke depan. Sekarang baru tahu .. Itu salah satu proses untuk melatih diri kita menjadi gentleman kut..