Showing posts with label tips lelaki dan perempuan. Show all posts
Showing posts with label tips lelaki dan perempuan. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Tips Couple : Check SMS Pasangan Anda?






Kenapa hendak check?
1)Nak tahu pasangan kita itu tengah SMS dengan siapa
2)Benarkah dia tidak curang dengan diri kita
3)Belajar dari facebook . Suka sangat stalk komen orang. Haha


Adakah tindakan kita itu betul?
-Tidak semestinya betul. Cuba bayangkan,pada sesuatu masa anda telah rampas dan tengok apa yang ada dalam wallet teman lelaki anda. Apa reaksi dia?
For me, kalau suami isteri berhak check SMS pasangannya..
Sebab bagi AA, tiada privasi untuk suami isteri..
tapi untuk pasangan couple ni atau tunang, memang belum berhak untuk check SMS pasangan dia..sebab diorang belum ada ikatan yang sah..
diorang masih berhak memilih orang lain.....Kan?

TAPI KALAU NAK CHECK JUGAK, macam mana?
-Anda akan berhadapan dengan risiko seperti pergaduhan kecil sekiranya ada mesej yang berbaur mesra.
-  Anda sudah menyemai rasa curiga di antara satu sama lain.
- Anda sudah control privasi dia sebelum kahwin. Seronok ?
- Anda fikirlah 3 kali. Kalau memang dia suka sangat menipu dan membuat helah. Why not?

TIPS UNTUK CHECK HENFON PASANGAN

1) Pujuk dengan godaan manja sehingga dapat. *kebil2 mata
2) Guna helah nak pinjam henfon sekejap sebab henfon anda tertinggal di rumah.
3) Tolong pegang henfon dia, jika dia nak ke toilet atau surau.
4) Ketika keluar bersama-sama , cuba sesekali ambil gambar guna henfon dia. Masa anda nak tengok balik  (preview) gambar tersebut dalam henfon dia, stalk ler inbox dia. Haha


      NOTA KAKI: Selamat Berpuasa !! ^___^

Tuesday, July 3, 2012

Orang Kata : Lelaki 20an - 50an

Orang kata ,lelaki akan berbeza karakter atau cara pemikirannya apabila melibatkan kerjaya,wanita dll setelah menjangkau sesuatu umur. benarkah?
Orang lah yang kata. AA tak kata.. Lalala



20an

 interframe kejap


-Semakin mahal value / saham.. ~ woot-woot
-Pelajaran tak lupa.
-Dah mula nak serius dalam mencari pasangan hidup yang ideal (AA takde lagi, carikan beb! )
-Kalau dah kahwin, perlu matang.


30an

zizan nin


-Dari segi kerjaya, dah agak stabil. cuma kena fokus lebih laa.
-Kalau dah kahwin, mesti ada 2-3 orang anak. Pada yang belum kahwin, choosy sikit (yela, nak pilih yg terbaik der)
-Lelaki dah matang sikit. Nak pompuan camne sbg isteri or what.

40an
 rosyam nor


-Masih cerewet mungkin sebab pengalaman lampau.kan?
-Nak cari pompuan lebih muda untuk jadikan pasangan hidup (sbb nak dapat zuriat sihat. mostly laa)
-Pandai berdikari dan disenangi ramai
-Tapi.. Mementingkan kerjaya dan keluarga juga.. kan? kan?
 

50an

 uncle amy

-Segala yang melibatkan kerjaya,wang dan pelajaran dah hadapi dengan tabah.
-Dah fikir pasal keturunan yang baik-baik. 
-Kadang-kadang manja terlebih. Aiyoo !
-Lebih berani berkahwin lebih dari satu? Err.. Banyak dah contoh ye dak. 




NOTA KAKI : Kalau umur 40an tapi perangai macam 20an, agak-agak pelik tak?

Tuesday, November 8, 2011

Siapa Rasa Dia Lelaki Gentleman, Angkat Tangan!

Assalamualaikum.. Amacam raya ok? ^^




Fuh! Lama giler tak bukak topik pasal lelaki dan perempuan, Kan? Kan?
Oleh itu, hari ini nak beri gambaran sedikit /tips pasal lelaki gentleman yang orang pompuan perlu tahu.
Orang kata, lelaki gentleman ini menjadi impian kepada peremm.. perempuan diluar sana. Tapi apakah ciri-ciri yang patut mereka ada ? haa,meh sini den nak koba..  

walaupun ada kekurangan,tapi dia mampu selamatkan nyawa 
orang yang dia sayang dengan cara tersendiri (best citer ni)


1>Tidak pandai menunjukkan emosinya

-Kalau dihadapan wanita,dia pandai mengawal kemarahan..Adakah begini?


“awak.. ambil saya dekat office sekarang!” “ya..”

“awak.. malam ini kita dinner sama-sama.. no excuse!”  “err… ada bola camne?”


Orang pompuan selalu salah tafsir jika lelaki itu naikkan nada suara. Orang lelaki bukan nak marah tak semena-mena. Tapi dia rasa.. ego dalam diri dia telah terkongkong jadi wajarlah dia bersuara ,kalau perlu rite? Sesekali mintak tulung xpela.. Kalau galak galak kali? Wahai sang bunga,anda harus memahami juga ya. Melainkan kalau anda dapat jenis kumbang yang berkira tak tentu pasal lainlahh.. haa,sembur je dengan ridsect perisa stroberri .heh?


2>Bijaksana VS hensem

-Lelaki bijak tak semestinya hensem.. Lelaki hensem juga tak semestinya otak bergeliga. Kalau ada dua-dua, AA boleh kata.. Untunglah! ^^


3>Keyakinan diri itu penting ya abang-abang

-Orang pompuan ni ,kalau hati dia dah berbunga-bunga dekat lelaki itu.. Sikit masa lagi,dia senyumlah sorang-sorang.. touch up mana patut.. err yeke? Hahaha…Jadi lelaki itu semestinya cukup sipat sebagai pembela wanita dan keyakinan diri yang tinggi bak menara KLCC di malam hari.


“Sayang jangan risau.. Abang ada, bersandarlah dibahu ini kalau ada masalah lagi ya selepas ini” *wekkk Geli !

Orang lelaki penuh keyakinan didada ini,seorang yang open minded dan mampu membuatkan orang pompuan ‘cair’.. Waduh!  Mulalah pompuan itu cakap terketar-ketar.. Mata tak memandang.. Jantung terhenti duopoloh saat.. Lalala


4>Dilihat Manis,Dipandang lagi sekali pon manis

-Bukan manis dek rupa kau yang macam gula lahh. Tapi tapi.. Lelaki ini cukup sipat pribadinya sebagai seorang yang shopan shantunn (sopan santun) dan bertimbang rasa .Kalau sopan santun itu, bukan saje pada orang tua tetapi segenap umur lah.Bertimbang rasa pula,dia akan dahulukan orang lain daripada kepentingan diri sendiri. 


“senyuman dia bukan sebarang senyuman tetapi terpancar luv-luv lah kalau tengok.. aww!”

 sape dia ni? dah lah suka interframe dalam blog ini. hoihoi.. si kurus!

 (lokasi: Presint 1,Putrajaya, 1.11.11--> nombor cantik)

TAPI, Menjadi tak Gentel-Man kalau lelaki itu...
1) Kalau orang pompuan bawa banyak barang.. Dia buat bodos tanpa tanya sama ada perlukan pertolongan @ tak .
“kau kau emak aku ker? Lantaklahh” --> tak patut
 2) Kalau berjalan –jalan di Mid Valley, boleh pulak dia ekor orang pompuan. Bukan duk depan atau seiring sejalan…  kalau AA tak mainlah ekor,dukung je ! *wekk
3) Ada kerusi kosong didalam bas tapi dia pulak kemain duduk dulu. Eh tak patut! Tak patut.. Err sometime patut gak ,lagi-lagi berebut nak ke kelas. Hahaha..
4) Orang pompuan order,dia boleh pulak kira semut atas meja. Eh AA kata tak patut! Sebab tak ajak den kira sekali. Err..
5) Kalau orang pompuan ngadu apa-apa masalah dia boleh pulak kata,

“tak tahu”

“awak selesailah dulu,saya ada keje sikit”

“ikut awaklah..”






NOTA KAKI: Dulu-dulu .. Masa jadi pengawas ,cikgu selalu enteng budak macam kami supaya jawab soklan dan mari ke depan. Sekarang baru tahu .. Itu salah satu proses untuk melatih diri kita menjadi gentleman kut..

Sunday, August 7, 2011

Tips Mengurat Perempuan Gangster


Yo Wassup Gugirl dan Boboy ^^

sekadar gambar hiasan ^^



                Hari ini AA nak buat entry sambungan b'kenaan ngurat-mengurat buat kali terakhir (mungkin) boleh?? Entri lepas > Tips Mengurat Lelaki Pemalu <, bukan main seronok korang mengomel pasal lelaki pemalu ya..Amboi cak cak cak (tiru trademark Azwan Ali)... Berguling-guling atas periuk Shiela Rusly AA baca komen korang..HAHAHAK.  Okeilahh...Kali ini AA nak bagi tips berkenaan mengurat perempuan gangster pulak ek...KEKEKE *matiler bulan puasa ramai menggatai kang



1)Kongsi Kesukaan

-Firstly...Kebanyakan lelaki menganggap perempuan ini sama sahaja. Sukakan warna pink panther.. bunga-bungaan…luv ewwww saje… Sebenarnya tak berapa tepat wokay.Mereka yang mempunyai attitude ganas ni ,boleh dikatakan sangat cenderung dengan ‘apa yang lelaki suka atau cari’…So korang bolehlah search apa yang diorang suka baii.. Sebagai contoh..Kalau dia minat wresling,cubalah hadiahkan dia cd WWE ke..atau kongsi cerita Kung Fu @aksi lawan-lawan ke.. Tambahan pulak,kalau ada perlawanan bola ..cer ajak tengok sama-sama kew.. Mesti dia seronok sampai berguling-guling agaknya kann..hahak


2)Ajak Main?

-Oii.. jangan fikir bukan-bukan bai(bulan puasa ni).. Apa yang AA maksudkan adalah ajak beriadah sama –sama laa.. Contohnya,pada hujung minggu korang bolehlah ajak  ni main futsal ke.. Jungle tracking ke.. Pastikan permainan outdoor yang mencabar/berpeluh laa.. Janganlah ajak main barbie sambil ulek mayang bawak pokok rambutan kannnnnn .. grrr kena tampaq satgi baru taw..hahak



3) Jadi Hero!

-Sesekali apa salahnya jadi pelindung wanita gangster ni.. Kalau dalam keadaan tertentu perempuan ini ada masalah tak cukup duit nak balik rumah ,korang boleh tolong dahulukan wang.. At least sesekali jadi penyelamat dalam situasi ‘dia amat memerlukan seseorang’.. Selain itu,kalau perempuan ini kena marah dekat lelaki ,korang boleh jadi HERO WANNABE sekejap,back up mana yang patut..Diorang ni memang cekal so takkan menangis k.. well, pandai-pandailah ..



4)Tindakan serentak

-Eh mana yang tak tahu,tindakan serentak ini boleh dikatakan insiden comel yang jarang berlaku taw…So lelaki diluar sana mungkin bolehlah alert selepas ini .Haa,sebelum itu antara contoh tindakan serentak adalah lebih kurang spt…

Serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas… serentak nak bayar..Ececehhh.. Pada yang dah sah couple tu, mula senyum-senyum kambing nampak…!! Terkena batang idung letteww….wawawawa



5)Ayat jiwang?iewwwwww

 -Kalau korang sudah lama kenal perempuan gangster ini dan dalam diam rupanya simpan perasaan,memang perlulah buat sesuatu oii (dari skunk)...Bukan ape, korang pon kena open jugak lah.. Jangan lah sewenang-wenangnya korang jual ayat puitis..segala jiwang karat korang tuh saje..Diorang akan geli geleman dan muntah hijau kut.. Cubalah guna bahasa ranggi-rangii sekarang ni… Misalnya,Oit.. perghh...beb…dow...siut...terbaikkkk..Tapi dalam pada tu,ada maksud2 @ kata2 pembayang korang nak mengurat lorr..Tak semestinya kena romantik bagaii..Faham? *selagi tak melanggar adab k


6)Cari masa dia bukan dia cari masa korang!

-Korang kena pahamlah.Perempuan is still perempuan.. Ada waktu-waktunye akan  ‘bulan mengambang’ kann..Hahahak..Memanglah diorang gangster  tapi bukan bermakna korang boleh berborak hal-hal sempoi sesuka hati jew oii... So kena memahamilah bila waktu boleh bertepuk bertampar… boleh huha huhaa..erkkk…Dalam hati diorang ada taman jugak k.. AA taw la,sebab AA pon ramai kawan KL gangster ni..



7) Berdoa

Seboleh-bolehnya kalau dah penat berusaha tuu,jalan terakhir adalah bertawakal saje..Korang berdoalah pada Allah SWT agar satu hari nanti,hati dia akan jadi lemah lembut dan perempuan melayu terakhir katanye! Aminnn.. Kalau perempuan yang dah cenderung nak jadi pengkid tu..Adess,,family n kawan-kawan terdekat  kena main peranan jugak lah...^^

Itu sahaja nak share..Bulan puasa ini,kena jaga nafsu tu beb.. Bahaya!
Sekian,Babai ^^





NOTA KAKI1: Orang kata minum air soya boleh membantu hormon astrogen perempuan itu bertambah dan jd lebih ayu ..??Betul ke??  Kelas kau jah!! HAHAHAK
NOTA KAKI2: Istilah perempuan gangster ni ala-ala tomboi k..Tapi AA tak suka guna perkataan itu :D

Wednesday, August 3, 2011

Syok Sendiri : Lelaki atau Perempuan ?

Asalamualaikum Gigirl dan Boboy..^^

wuuuu.. i love her.. sori lisa i curang dengan u..HAHA(contoh ayat syok sendiri ya)
credit to Budiey



Antara lelaki dan perempuan siapa kuat bermain dengan perasaan?

Mudah. Dua-dua sama sahaja. Tetapi , perempuan lebih menonjol karakternya.Sebabnya ,apabila lelaki itu ada rupa paras ,karisma dan pengaruh sikit,dia terus tersipu-sipu @ mata keluar luv ewww.. Ececeh… Sila senyum jika AA benar.



Perempuan itu syok sendiri?
Siapa kata itu SS ha? Memang itu SS. KEKEKE..Lelaki tak suka perempuan yang SS terutama jika lelaki dan perempuan itu b’kawan baik. Korang hati- hati. Lelaki mudah detect dari air muka dan lontaran suara korang. 
Untuk mengatasi keadaan ini? Jadilah diri sendiri. Jangan membayangkan sesuatu yang istimewa apabila bersama-sama dengan lelaki(kawan baik) itu. Mudah. Apabila kita sudah jadi diri sendiri, sikap professional kita akan menyusur. SS tak mudah diperkatakan sebab terlalu subjektif. Jika ada ,itu normal.



Lelaki pula tidak syok sendiri?
Lelaki mudah jatuh hati kepada perempuan dan  tidak teragak-agak untuk toleh kepada perempuan itu 2,3 kali. Jangan tanya kenapa.HAHA.. Kecantikan luaran menjadi sandaran namun kecantikan dalaman lebih dipertaruhkan. 
Well, hak masing-masing more to penilaaan hati diorang. Bagi AA,dua-dua itu tak dapat dipisahkan. Jika perempuan itu cantik seperti Fazura tetapi attitude berlawanan sama sekali, dah cukup buat lelaki itu menjauhkan diri.

 **Soalan perangkap**


AA pernah syok sendiri?
Setiap orang pernah ada feeling begitu. Tak perlu tengok orang lain kan.. Melainkan korang seorang yang anti couple,itu sudah membuktikan yang korang tak pernah mengalaminya dan enggan memikirkan..Jika AA syok sendiri apa perlu buat?  AA akan cuba bertanya pada diri sendiri, kenapa aku suka pada dia sedangkan dia tak pernah suka pada aku..seolah –olah kau membuang masa disitu.

Percubaan pertama dan kedua tidak Berjaya? Kalau perempuan itu dah bagitahu secara direct(tolak kita),kenapa nak kejar lagi.. Ramai lagi perempuan kat luar sana kan..  Mungkin ada yang kata,cakap senanglah. … cinta ni bukan main-mainlah… Ya betui,kalau dah berusaha itu lain.
 Jika tidak,kita boleh tinggalkan perasaan itu didalam laci dan kunci serapat-rapatnya. Apabila hadir insan lain yang lebih memahami, buka balik laci itu perlahan-lahan. 


KEBURUKAN SS
1) Cenderung jadi mamat/minah psiko..Bahaya dow.. Kalau yang ekstrem sangat tu,jadi stress..
2)Tak peduli apa orang kata,asalkan matlamat asal dia berjaya..Dia akan dapatkan jugak dengan cara apapun..
3)Terbuai-buai dengan imaginasi yang liar.. Haa,yang ni pon bahaya baii.. Boleh pulak dia buat perkara yang boleh merosakkan pemikiran .Contohnya,onani.. Tak tahu?hmm,AA tak reti nak explain kat cni ah.. ko rang search sendiri kat google eh..^^
4)Hidup dalam kepuraaan..wah,ayat! tapi betul weh,AA ada seorang kawan..dia ni suka pompuan ni dan malangnya dia tak nak percaya yang pompuan itu dah ada balak.. AA malas nak campur.. Dia boleh plak cakap,ala...balak je..belum tunang/bini orang pon lagi.. terus dia tekan kita,"ko pesal?? cakaplah ko pon jeles an.." pulak dah.. camner tu??


Harapan.. Kalau nak syok sendiri tu sikit-sikit boleh..Tapi kena twist hati korang,yang korang kena terima hakikat.. "Suka sesorang bukan bermakna kita kena memilikinya".itu saje.. Babai ^^ eh ada lagi..selamat b'sahur!! ^^




NOTA KAKI: Ramai lelaki syok sendiri pada LISA SURIHANI.. Itu fakta AA. ^^ HAHA
**sila jawab survey yg ada di kotak kanan blog ini ya sayang .TQ**