Friday, May 27, 2011

Untuk Wanita:Kurus Tanpa Modal Beribus-Ribus??

Salam Reader!!



                     Walaupun hati kuciwa tak dapat join HARI BELIA!sebab kawan-kawan aku sume ade program kat uni..aihh,time cmni laa kan..Pastu,akak aku yang kerja di Putrajaya kata kat sana dah sesak gile babingggg....ok fine,sob..sob...sori SuJu...
Dalam pada itu,aku harus ringankan jari jemari ini untuk menyampaikan aksara ISI hati aku untuk korang (wah ayat)...




    Hari ini aku mahu beri guide or tips pada wanita diluar sana yang impikan bentuk badan idaman tanpa modal beribusss-ribusss...haha..come,aku sebut ..korang baca ya..oh ya.lupa,sape nama kamu??Leha?kamu nak kuruskan..ok,tolong baca perenggan pertama...diikuti Tipah dan lain- lain..(mcam budak sekolah lak,suh baca by paragraph. :p)

1)Melakukan kerja-kerja didalam rumah
 -Memandang sekarang ini ‘honemoon’ untuk pelajar siswa/siswi..so aku highlite benda ini dulu ya.Apa kata korang buat kerja rumah seperti cuci pinggan mangkuk kotor,menyapu sampah,mengemas rumah ataupun mengelap lantai..dah ade maid??hmm,bukan salahpon kalau kita buat selang seli.Aku tak suruh korang buat semua kerja ini.Kalau maid mengemas rumah,korang boleh join together basuh pinggan kotor ke... Cergas sikit badan tu dan tanpa makan pil2 betul?



2)Berbasikal
-Kadang-kadang aku suka tengok makcik-makcik yang sebaya umur ngan mak aku ..riadah petang-petang dengan basikal..(chiil je).Ok,apa kata korang try.Untuk permulaan,boleh cuba pada hujung minggu dengan kawan/adik beradik..Jangan tak tahu,berbasikal nil eh membakar kalori beb.. So,lemak-lemak yang terkumpul tu akan mudah dihapuskan..Bukan payah kena bayar beribusss-ribusss rite??



3) Berjalan kaki
 -Mungkin ramai wanita luar sana lebih senang menaiki kenderaan sendiri bila nak pergi ofis..Tak salah dan tak dosa pon.Tapi apa salahnya korang naik kenderaan awam dan jalan kaki ke tempat kerja korang tu..Agak-agak berbaloi tak??haha..Kata nak dapat bentuk badan idaman kan.Dalam korang berjalan kaki tu,korang dah save duit nak kurus badan..Aku dapat bayangkan,korang jalan2 laju....naik tangga..mekap cair..dalam hati korang mesti kat---- > oh tidak!! Peluh2..haha.. jangan takut,mula-mula memang korang tidak selesa..lama-lama??hmm..pastikan datang kerja awal la ya..nanti takut terkejar plak..haha



4)Berkebun
 -Mungkin aktiviti ini more to lelaki.Eh sape kata?wanita pon boleh...Antara aktiviti yang boleh korang lakukan seperti,membersih persekitaran rumah(longkang or apa2 la),menebas lalang,membakar sampah atau menanam pokok yang disukai... macam pokok bunga ke.Macam mana?berani sahut cabaran?


5)Naik turun tangga 
-Mesti ramai yang kata “Ah malas .Apa gunannya buat lif memahal kalau tak guna!” “fuhh..cair akak semput la..no no no” .Opss..saya sangkal statement itu.memangla lif itu memudahkan dan mempercepatkan perjalanan kita tapi alangkah baiknya korang guna tangga masa nak naik dan turun ya..Aku ambik contoh,korang nak pergi pasaraya.Cuba la sesekali naik tangga..Then,masa nak pergi kerja pula,lupakan lif itu..anggapla kat ofis korang tu takde lif..hehe..

6)Menari  
-Ok yang ini pasti ramai yang suka dan minat.Korang suka tengok cerita Marilah Menari or dance2 tu?? Baik,korang tau kan mereka semua tu boleh disiplin taw dalam penjagaan bentuk badan yang bagus sebab setiap gerak geri itu sebenarnya boleh membakar kalori/lemak..Aku saran,korang buka lagu Stacy or apa-apa yang rancak la..hehe... Tapi jangan lupa,jaga hati orang sebelah rumah gak.Kang korang bukak lagu kuat2..duk menari sakan,orang sebelah plak tak selesa..so,perlahan sudah memadai ya ..Lagi,kalau ajak anak beranak/laki korang pon ok..bukan dapat membakar kalori je,kemesraan pon akan menguntum..hehe...

       Amacam ok tak idea aku?? Aku bukan apa,semalam akak aku dah bising-bising apa perlu buat??jeans dia dah tak muat lagi..So,aku pon dapatla idea seperti ini dan kongsi dengan dear-dear(bloggers)tersayang aku ..heee...ok,itu saje..Cubalah..tak rugi pon!!dan..aku doakan pada sesiapa yang ingin bentuk badan kurus tu,semoga impian anda tercapai! :)


NOTA KAKI: Aku nak sangat gemuk..korang bagi lah tips.huu..

12 comments:

ahcik sepet said...

meh dtg umah den nip lau nk bentuk badan cm cik liah.haha

Anif Abdullah| AA said...

wahahaha.. ok,jiranku.. *tangan di dada mata keatas*

MiZ Rayy said...

buat kja umah dh.. sbb aku jd org gaji xbergaji kt umah akak aku mmndgkn dia msuk wad..

bejalan kaki, bla ada psr mlm.. mmg jln kaki sja..

naik trun tgga sudah tntu, sbb umah kat tgkat 4.. lif plak xda..

menari bla ada msa terluang..pg2 lps siapkn anak sedara nak pegi tadika..

tp kan.. sma jugak.. xda perubahan pon.. heeee..

shamyheart said...

wah, anip dah jadi pakar slimmer.. haha~

bagus tu tips2 di atas. ko bagi kat untie pun bagus jugak ni. Ekeke~ jenuh aku kena marah lepas ni. Hihi~

erleena said...

haha nk gmok jgak tp takot tlbih gmok pulak :P

Anif Abdullah| AA said...

mizz ray: wahh..komen paling panjang abad ini..hee..hm,nnt sy wat entry seterusnya ya.. :p

Anif Abdullah| AA said...

sha: kann..haha! sesekali..

Anif Abdullah| AA said...

erleena: sy rasa awak bukan nak gemuk tp berisi kut..huhu.

Unknown said...

kau nk gemuk..aku nk kurus..haha

fiqah said...

tq atas tips yg menarik neh..=)

Unknown said...

best gak idea tue..tp camana dgn org kurus nak gemukk...any idea??

#sjtravellog said...

sj sokong yang no.6 tu .. sj pnh cuba mmg turun ... tp mmg hard la .. jgn mnari smpai cedera sudah la .. huhuhuhu