Showing posts with label tips lelaki. Show all posts
Showing posts with label tips lelaki. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

Orang Kata : Lelaki 20an - 50an

Orang kata ,lelaki akan berbeza karakter atau cara pemikirannya apabila melibatkan kerjaya,wanita dll setelah menjangkau sesuatu umur. benarkah?
Orang lah yang kata. AA tak kata.. Lalala



20an

 interframe kejap


-Semakin mahal value / saham.. ~ woot-woot
-Pelajaran tak lupa.
-Dah mula nak serius dalam mencari pasangan hidup yang ideal (AA takde lagi, carikan beb! )
-Kalau dah kahwin, perlu matang.


30an

zizan nin


-Dari segi kerjaya, dah agak stabil. cuma kena fokus lebih laa.
-Kalau dah kahwin, mesti ada 2-3 orang anak. Pada yang belum kahwin, choosy sikit (yela, nak pilih yg terbaik der)
-Lelaki dah matang sikit. Nak pompuan camne sbg isteri or what.

40an
 rosyam nor


-Masih cerewet mungkin sebab pengalaman lampau.kan?
-Nak cari pompuan lebih muda untuk jadikan pasangan hidup (sbb nak dapat zuriat sihat. mostly laa)
-Pandai berdikari dan disenangi ramai
-Tapi.. Mementingkan kerjaya dan keluarga juga.. kan? kan?
 

50an

 uncle amy

-Segala yang melibatkan kerjaya,wang dan pelajaran dah hadapi dengan tabah.
-Dah fikir pasal keturunan yang baik-baik. 
-Kadang-kadang manja terlebih. Aiyoo !
-Lebih berani berkahwin lebih dari satu? Err.. Banyak dah contoh ye dak. 




NOTA KAKI : Kalau umur 40an tapi perangai macam 20an, agak-agak pelik tak?

Thursday, August 4, 2011

Tips Mengurat Lelaki Pemalu

Arnab AA ni comelpemalu macam tuan dia ah.. HAHAK*pengsan


1)Rajin bertanyalah Kiah oi!
-Kebanyakan perempuan nak seseorang lelaki itu tetapi tak tahu bagaimana untuk memulakan.Ececehh.. bukan main seronok dalam kelas kalau ada mamat itu kan? Cuba korang duduk berhampiran dengan lelaki itu didalam kelas..Dalam subjek tertentu,tanyalah mana yang patut.. Pastikan soalan itu relevan lah..  Janganlah mcam ini.. ‘awak.. dah pukul berapa eh sekarang?’ padahal jam melekat kat tangan korang kan.. Memang akan ditertawakan secara free ah.. Ngam?


2)Kawal diri bukan bermakna hipokrit!
-Jika korang seorang yang happy go lucky,bukan bermakna korang kena lagak macam itu jugak depan mamat itu. Cuba bertenang… Kawal kegedikan itu buat sementara waktu.kekeke… Lelaki pemalu ini tak suka sangat taw perempuan yang over do ni.. Al maklumlah,diorang cenderung  nak perempuan yang ayu-ayu gituu.. Kalau korang  perasan ,lelaki pemalu ni sangat janggal dengan perempuan yang terlalu pemalu  dan tak boleh terlalu gedik jugak..Faham? cool je k..


3)Curi peluang!
-Kalau korang jenis yang tak kesah,cuba hampiri mamat ini dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sama platform..Sebagai contoh, didalam kelab..persatuan..projek.. Paling cenderung AA lihat,ada kawan AA ni ….memang kemaruk nak kat mamat itu dan cuba hampiri lelaki itu ikut cara dia.. Lagi-lagi dapat tau single kan..bukan main seronok nak sama group dalam presentation..esaimen.. HAHA..


5)Eh kita sama lah!
-Korang boleh jugak cari persamaan tertentu. Misalnya,mamat suka pakai baju warna putih.. Korang cubalah ngendeng-ngendeng nak pakai  warna macam itu.. Perasan tak,kawan kita suka sakat macam ini.. “eh baju sama ni.. aii..ada apa-apa ke?” HAHA.. Janganlah hari-hari,kantui pulak kang...


6)Tak kisahlah orang tengah ke tepi ke!
-Cara ini boleh dikatakan berkesan woiii sejak zaman sekolah lagi..HAHA.. Masing-masing tak tahu nak tegur kan,si perempuan ini suruh kawan dia tak kira lah lelaki/perempuan nak ngurat lelaki itu.. Pakai surat layang?? Haiyooo… itu zaman mak-mak kita dik.. Zaman teknologi sekarang kan macam-macam.. Facebook ada.. Twitter ada… Kalau nak guna friendster pon boleh .. Kelas kau maria! HAHA ..Cubalah ngendeng-ngendeng friend request..^^  Nak guna telefon? Boleh saje.. Konon nak tanya pasal esaimen kan,silap-silap korang yang buat ‘esaimen’ sendiri..HAHA


7)Ingat hari penting dia!
-Ada jugak perempuan yang lupa benda ini.. Dia dah lama berkawan ngan lelaki ini tetapi tarikh lahir tak tahu.. Hadoiii.. Kalau dalam facebook itu,jangan send kat wall.. Dah ramai sangat wish,dia tak perasan. So,cuba wish - private message.. HAHA.. Kalau nak beri hadiah senyap-senyap pon takde hal.. Tapi ingat! bukansemua lelaki mudah terima barang dari perempuan k..Btw, kata nak ngurat kan?takleh nak malu-malu zaman sekarang ni..kalau tak melepas lah oii.. HAHA.


8) Jangan buat muka ketat!
Kalau korang jenis muka  bermasam jew 24 jam,memang susah la.. Cuba beri senyuman memikat.. Macam sesiapa yang ada lesung batu,satu bonus buat korang k… Tapi janganlah semedang nak tunjuk bonus korang tu.. Naik bosan pulak dia nanti. Pada yang takde, its ok…  Senyuman ini memang ada aura /kuasa tertentu oii.. Tak caya sudahh.. ^^


Perkara yang korang JANGAN BUAT depan dia!!


-Berborak dengan suara yang sangat kuat..mak oii,100meter boleh dengar
-Selalu kantui ketika curi pandangan..sesekali boleh lagi,tapi takpe.. kalau dia masih tersenyum lagi ,nampaknya dia still selesa dengan pandangan korang
-Tergopoh-gapah buat kerja.. relax sudah…
-Mekap macam opera cina.. Simple dah la..
-Hilang keyakinan sebab korang free hair dan kawan-kawan lain semua bertudung? its ok lah bagi AA.. Ingat! Tak semestinya lelaki yang pemalu ini anti perempuan free hair.. Korang jadilah diri sendiri..

Amacam ok?? itu sahaja nak share.. Babai ^^




NOTA KAKI: Sifat malu itu perlu ada tetapi biarlah bertempat.sekian 

Monday, July 18, 2011

Tips Menjaga Hati Hubby Anda


gambar hiasan jerr : SuJu -Its you


1>Tolong jangan curangi dia,jika dia komited dalam perhubungan. So untuk gugirl di luar sana,Listen! hari ini sukar untuk mencari lelaki yang benar-benar jujur (taw) apatah lagi ikhlas dan komited ketika berchenta.. Jika korang mendapat satu,usah permainkan dia.. Lelaki atau perempuan ,uols have no point to do that ..Kemungkinan korang takkan jumpa lagi yang serupa.

  • pssstt: kalau main facebook tu, jangan cari skandal nooo..

2>Jangan ada rahsia kecuali sesuatu yang memang patut korang rahsiakan ..Misalnya,sejarah hitam yang pernah berlaku ke atas diri korang.. Seboleh-bolehnya,usah diceritakan.. nanti dia akan keciwa,marah dan tidak mustahil juga akan pergi. Tentu taknak kan?

  • pssstt: AA bocorkan rahsia jap,lelaki ni memang pandai baca suara perempuan..kalau asyik tergagap-gagap masa dating, Hati-hati ok

3>Terima dia seadanya.Hendak cari lelaki bagus 100% memang susah ah.. dan memang takkan jumpa  (kut)..Begitu lelaki, AA lelaki  pon camtu.. Nak cari perempuan bagus 100% memang demand ah.. Why not,bertolak ansur dan saling memahami.. Jadi,sama-sama dapat manfaat kan?

  • pssstt: AA suka tido lepas zuhur, so ex AA dulu takkan mesej ah time camtu.. walaupun hal kecil tapi sudah cukup memahami rite?

4>Teruskan keserasian itu. Pendek kata,usah layan dengan lelaki lain lebih-lebih. Layan yang berlebihan tak kesahla dengan kawan baik pun,memang hubby korang akan rasa sentap dan menimbulkan kecemburuan ah..Lelaki yang komited ni, dia rasa seperti bertanding ..maksudnya,dia sanggup berbuat sesuatu yang tak terjangka..  Apakah? HUHU

  • pssstt: lelaki akan mudah dijangkiti bakteria 'egobetuimamatnih' ,Jikalau korang dah buatkan dia merajuk(sesekali).. so pandai-pandailah pujuk plak..HEHE

5>Last sekali, jangan sangka hati lelaki keras macam batu... Jika korang pandai berperanan, hati hubby korang tu boleh cair seperti coklat Cadbury yang dibiarkan di tengah-tengah cahaya matahari..WAHH GITUU.. Oleh itu,gunakan pendekatan yang mempamerkan kejujuran,ke'caring'an dan kelembutan..haa,korang akan disayangi setengah mati wooo.. Percayalah..

  • pssstt:  sebab itu ada je lelaki menangis beria-ria mengalahkan pempuan kalau telah ditinggalkan kekasih hati




                 Baiklah itu sahaja tips yang ingin AA kongsikan.Semoga perhubungan cinta korang akan kekal selama-lamanya..Doa ni weh..HUHU.. Pada yang single (available/not) tu,mungkin boleh guna pakai tips ni pada masa akan dating datang..HEHE..  
Hari ini baru pasang header baru. Fuh, gigih edit..Smart tak?KEKEKE.. OK.. Mahu berundur.. Permisiiiiiiiiiiiiiiii!! :D




NOTA KAKI 1: Suka dengar lagu Rem-Selingkar kasih :)
NOTA KAKI 2:Alang-alang dah sampai sini,PLEASE DO ANSWER survey Nuffnang AA tue yerk .HEHE

Sunday, June 5, 2011

Tentang Lelaki

Bukan AA tapi gambar hasan je :P

Tentang Lelaki?Ringkasnya:


-Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah penampilannya(itu style dia.Kalau korang push,lain plak nanti jadi)

-Lelaki lebih gemar menggunakan produk kecantikan yang sama(bila dia dah yakin/serasi dengan kulit la)

-Perfume plak,lebih spicy dan oriental(pilihan AA adalah Dunhill...ouch,wangi siut)

-Lelaki suka jika pasangannya bergaya,cantik,popular dan menarik perhatian ketika berjalan bergandingan.Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan awek dia tu,sure dia berkata”Awak yang kuat melayan” (senyum tak perlu kata apa..huhu)

-Jangan mudah kritik cara mereka berpakaian,cara sapu gel rambut atau sikat rambut.(ikut dia la nak gaya cmne pun..haha)

-Lelaki yang merokok mesti merokok se’pam’ dua setiap kali abis makan(AA bukan perokok,but i can imagine of)

-Lelaki perlu potong rambut lebih kerap.(dalam 3 kali sebulan berbanding gurl)

-Lelaki tidak mudah tergopoh gapah dan berfikir panjang (kan?)

AA ada tanya perempuan,apakah lelaki impian mereka ?Jawapan yang fofular ialah:


-    1-Adam(watak Sein Ruffedge dalam Adamaya)
      2-Ashraf Muslm (mostly)
     3-Kamal Adli (cite ape eh)
4-Seth(watak Aaron Aziz dalam Nora Elena)
5-  Jalaluddin Hassan(ok ini aku tipu.HAHA)


Kalau tanya AA pasal lelaki sekarang semua dah pandai jaga penampilan woo.Orang sekarang panggil apa..bukan homoseksual la..metroseksual kan.Yela,bukan penampilan luaran je kena jaga kan.Dalaman pon penting gak.Contohnya ,korang sebagai awek nak keluar ke dengan lelaki yang selekeh aka macam tak mandi?haha..aku rasa,sehari dua mungkin.Selepas itu,saloon is best place to go..LALALA.

AA agak tertarik apabila,ramai blogger perempuan suka tulis entry pasal cerita Nora Elena bukan pasal jalan citer dia yang best TETAPI sebab watak Seth tu.Amboi korang..AA camtu ke tak eh?ada kut ..Cuma bab romantik tuh  ..#$#@#$%*@ tuttt ..line terputus..

OK laa.. next entry aku citer lagi noo..mata ceq ni dah on offdah bila-bila masa je ni.. Dahla line cam hampeh..grrr ..orait! chow dulu.. jangan lupa pada yang ada bf tu,b4 tido wish la 1 2 mesej nite pada bf anda ya..zzzZZZ


NOTA KAKI: Macam tak caye je AA nangis masa tengok Nurkasih semalam.. sob3(dalam hati ada taman bai)

Tuesday, May 24, 2011

Strategi Popular Untuk 'clash'


 Strategi ?'clash'?

           Ok,hari ni aku mahu terangkan antara strategi untuk 'clash' yang agak popular digunakan oleh Gentlemen diluar sana gunakan..haha.. layann
 

1-Mendinginkan perhubungan.Perasaan tidak rasa seronok apabila korang bersama.Cara begini digunakan oleh bf yang tidak sampai hati hendak berterus terang untuk memohon perpisahan...Maybe,bf ini dah jemu dan ada sesuatu perkara yang buat bf ni mual dengan perangai gf ni..isy3..Contohnya,bila bf nak makan malam/dinner ,gf kata..ala...i bru nak diet untuk kali ke 20..apa salahnya u puasa malam ni..perasaan bf masa tu.’grrrrrrrrrrr’(bak kata nabil)



2-Berjauhan..bf kurang berinteraksi dengan gf dengan menjauhkan diri.Bf dia lebih gemar menghabiskan masa diluar ngan kawan2..memberi alasan banyak dan perlbagai..Contohnya,melimpah ruah tugasan di office,bina hobi baru yang tidak sesuai disertai oleh gf(cth memancing) atau bekerja diluar kawasan(pergi temor leste 3bulan ke.haha)



3-Membisu- Ia berlaku pada bf mahu berpisah dan sudahpon menyatakan hasrat secara terus trang tp gf pulak tak setuju..Bf membuat keputusan sendiri sedangkan gf tak mahu pon..sob3...Contohnya,”awak..hari ini kita classhhhh!! Abg dah mual ngan perangai awak..sikit-sikit nak merengek..bosan taw tak!”



4-Peduli apa- Strategi ini sering digunakan oleh bf yang sering dikutuk dan dituduh oleh gf..Ia menyebabkan bf berasa serba salah kerana ia menjadi punca keretakan dalam perhubungan secara diam2...Walaupun Bf taw perangai buruk gf dia..tapi dia still cool..dalam hati bf,”ah lantakla..aku peduli apa..dasar mulur puaka..aku sdar ah aku ni keje kilang jer..gaji cipottt..roarrr!!


5-Berterus terang-Ia digunakan oleh bf yang berasa sikap ,perlakuan dan layanan gf dia sehingga dia ambik keputusan untuk clash..Tanpa alasan,bf  tu terus direct cakap..nak berpisah..Hal ini sebab eh,Bf tu dah tak sanggup lagi menahan sikap gf yang enggan mengalah,bertolak ansur dan mcm la..”ok,kita straight to the point,kita clash malam ni jugak boleh tak?saya lihat,sememangnya kita dah tak serasi lagik..”Perpisahan cmni dapat mengurangkan emosi kedua belah pihak..yeke?haha..



6-Memberi helah- Ia digunakan oleh bf yang memang mahukan perpisahan dengan cara membina suasana pergaduhan dan buat2 krisis la..Helah yang top mcam,reka helah supaya gf tu terus membantah ..Contoh,dia ada penyakit misteri or belum tiba masa nak couple serius ke..haha..

Hey gentlemen! anda semua ada hak untuk merangka strategi..tapi jangan terlalu gumbira ngan kuasa veto yang ada pada diri korang,silap2,kena zasss..(putus kepala) dek bodyguard(abg)gf korang tuu..haha..kalau tak berhati-hati memang naya la jawabnya..



NOTA KAKI: strategi ini hanya untuk elak persengketaan smasa dah kahwin ok,kalau tidak sia-sia je korang dpp title Mr D n Mrs J..