Friday, October 21, 2011

Wordless Wed+Friday #8: Jalan-Jalan

Assalamualaikum.. 

Selasa lepas, AA dan classmates begitu gembira sekali..Sebab?main pusing-pusing area Penang,Kedah & Perlis tanpa pimpinan tangan mak ayah..err..


Sebenarnya,kami ditugaskan oleh lecturer subjek warehousing untuk buat site visit .Selepas itu, sebagai sebahagian daripada esaimen ..kenalah jugak buat report.. Sehari suntuk kami berjalan ^^
Amatlah bangga sekali sebab Majalah 3 sudi bekerjasama dengan kami untuk mendokumentarikan
report kami ini... Terima Kaseyy!!
(ok jangan cayer .Hehe)

Tempat Pertama: Kilang Hacks Malaysia,P.Pinang
NAK TAHU:
-Tak boleh bawa kamera,nanti pakcik polis tangkap "ya..saya akur encik"
-Kami dibawa ke tempat production dan pemprosesan gula-gula hacks.. Perrhh,hidung bagai dicucuk-cucuk tanpa henti oleh keharuman buah blackcurrant,lemon.. Memang rasa tak nak balik je dow.. Hahaha


Apabila staf diberi peluang menjadi artis... Sangat friendly ^^

Tempat Kedua: Beras Wangi Jati ,Pendang
NAK TAHU:
-Pernah dengar tak lagu "beras jati cap kapal layar..beras pilihan anda",Haa,disini lah kilang
beras itu.. Merupakan kilang proses beras yang paling besar di Malaysia (dengan gaya tangan sekali bercakap)
-Tak boleh ambik gambar jugak.. Nanti pakcik polis tangkap.."ya... saya akur encik"


-Selepas dengar taklimat dan slideshow,kami diberi demo cara pemprosesan beras perang.. Syok pulak tengok ^^
-Kebetulan pada masa itu,mereka ada buat LUCKY DRAW.. Memang bertuah seyh,guwa dan 2 orang rakan lain dapat beras perang (EcoBrown )5kg!! Sume pakat jelez! Wahahaha..

Ada gaya macam mangsa banjir ta? Hahaha.. (matiler aku)

Saya dapat beras free heh! (bukti:beg plastik cokelat)

Tempat Ketiga: Gudang Magnolia,Bukit Kayu Hitam
NAK TAHU:
-Kami diberi peluang untuk masuk ke dalam tempat penyimpanan aiskim ini..Serius,memang jadi aiskim ler sape duduk lama-lama.. Suhunya mencecah -12c ya adik-adik.. Sila buat muka pucat sekarang ~Ngaaaaa...
-Bateri kamera saya dan kawan-kawan serta merta kong!
-Bos kat sini baik hati..Kami diberi 4 kotak aiskim free beb! ^^
"kamu puji saya anif.. ??"
"ya.. saya puji incik.. akan datang saya datang lagi ya"
"........."

aiskim free 'kap kung kap ..sedap!'

Dah tak serupa mangsa banjir dah ni!~Masing-masing berebut nak pilih aiskim
"weh.. jangan malukan aku.. plez..plez" Hahaha

eh henpon cik dirla pun nak interframe jugak..? Hehe

Apsal rupa aku dah macam Kak Pah nih..Serupa tak?Kekeke..~
err...kekenyangan selepas makan aiskim maybe





NOTA KAKI: Pengalaman tak boleh dibeli dengan wang ringgit :)

30 comments:

Addin said...

addin suka part aiskrim tu ! nyum :D

peyansanstaro said...

Wah, adly jadi model blog..
Kelas kau Jah~~

Huhuhu~~
Tap2 DIVA ssngat.. Haha~

peyansanstaro said...

Curi2 ambik gamabr kan sbb nk buat rpot..
Hahahaa~~~ Sangat =)

Nurnajwa KZ said...

Ohhh myyy. HACKS HEAVEN! >< tak dpt hacks free ke? Hehehe :D

Edy Fee said...

mcm muke kawan sek dlu.hehe
rajinnye melawat kilang

eman said...

haha...adelah muka untie pah di situ...hahha... eneway sonok nyer dpt ole2bile g factory2 tuu...hehe

alia zainol said...

hayyo mao aiskrim jugak :P

adwafarahin said...

nak eskem jugak!!

Umie Artoqiemie said...

ui abah, anak mu nak eskrem jugak nih.. wuwuwuuwu..abah ngan kakpah bukan sedare ke?

syafiqakarim said...

haha best gila.
hai kakpah.hah

Wanie said...

ok, memang best boleh lawat banyak kilang..tak tau pun kilang hacks ade kat penang je..haha

dapat beras nak watpe tu?simpan bawak balik bagi mak?hehe

ade rupa la..macam kak pahhh..:P

Azham Vosovic said...

MUKA BAHAGIA!

Hahah, tambah2 bila dpt AIS KRIM...

AA, u study kat negeri mana?

Ct Aja said...

wahhh seronoknya leh jalan2 cari ilmu gitu...hiihihiih, bertuah ko "kak pah" hihihihi

Fathiah Hamim said...

tersedak bila baca part muka macam kak pah tuh. haha

banyak nya tempat pg, best gila

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

pergi tak ajak weyh..haha..kau amik kos ape?

dah mcm anak beranak dah rupa kau dgn kak pah..haha ;D

Wadi AR said...

sonok betol beliau jalan sakan. nak bagitahu itu blog lame saya la. xde tuka tuka :)

Lea Isnawi said...

hahahaha..sama la muka anip dgn kak pah tu..kekekekek

wah bestnya g lawatan
pastu dpt free gift lagi

jeles2

Anif Abdullah| AA said...

Addin: nak ke?hehe..

peyansanstaro: taw xpe.. diva sangat! haha

nurnajwa KZ: dapat2... pelbagai perisa lagik.hehe

edy fee:sape? AA ke? hehe

eman: hahaha.. :P

alia zainol: dah abishh.. :p

adwafarahin: haha.. wekk

umie artoqiemie: eh mana tawu nih?hehe

syafiqakarim: memang fun ^^ hai! *pengsan

wanie: yup.. nak suh mak masak .hehe

Anif Abdullah| AA said...

azham vosovic: bahagia sangat kann..hehe.. ~uum,kedah

Ct Aja: bertuah badan.. errr

fathiah hamim: hahaha.. :p

fee hafeezah: ciss.. ok,next time aku ajak ye..hehe

Wadi AR: tula pasal.. ouhh,ingat blog baru.hehe

lea isnawi: sonok dapat free gift..hehe ~hai kak pah disini :P

sha my heart said...

Wah, bestnya jalan2 sambil dapat makan free =)

“7 cara mudah untuk membuat index yahoo”

syrupmasin said...

sakan berjalan :D

YOUsoF said...

"beras jati cap kapal layar..beras pilihan anda" (diulang 3 kali)



Ketiga-tiga kilang ni aku dah pernah pergi! Err maksud aku dah pergi tengok gambar²nya dekat entryk au ni. haha


Kilang last tu terbaik dan menyenangkan perut kan. Untunglah kau, dapat beras PERCUMA, aiskrim lagi + muka iras² Kak Pah.. terbaiklah!

Anyyss Shuhaimi said...

beshnya..nak itot! huu

cucu umie said...

untunglh dapat makan aiskrim free anif..hahaha

zonejb said...

selamat sejahtera En/Cik/Tuan/puan. kami telah mewujudkan 1 blog iaitu SENARAI BLOG-BLOG MALAYSIA. kami masih baru lagi di sini.maka kami masih mencari lebih banyak lagi blog-blog untuk di masukkan kedalam blog kami. untuk permulaan blog En/Cik/Tan/Puan telah terpilih dan telahpun di masukkan kedalam blog kami. oleh itu kami meminta jasa En/Cik/Tuan/Puan untuk memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan. di sini kami sertakan link blog kami iaitu:-

http://bloglistmalaysia.blogspot.com

sila maklumkan kepada kami sekiranya En/Cik/Tuan/Puan telah memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan.

kerjasama En/Cik/Tuan/Puan amat kami hargai

terima kasih

era kecik said...

hehehe.. bestnye :)

MaYa MustWany said...

mas pun pernah g kilang beras.dapat free beras gak.fuhhyoo 4kotak aiskrim..terbaeekk..ok pic last wat mas gelak sorang2 sampai mak abah wat muka pelik.~ciss double ciss~

EYFAalias said...

aiskrimmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!

izfanora said...

comelnyer anif.. :)

best nyer dpt mkn free yer..

amna said...

okay, ais krim mmg best! chocolate chip feveret.. yang ni jenama magnolia ke? ~