Saturday, October 15, 2011

Tersenyum Dalam Kesilapan






Wahh. .Tajuk macam judul lagu pulak.. kau hadoo? hehe

Perasaan Kawan Perlu Dijaga Tetapi... 
Perasan tak, kebanyakan kawan rapat kita susah sangat nak tegur kesilapan yang telah kita lakukan.. Misalnya,jika kita ponten' (sebut pelat ) kelas, Makan Maggi, Tidur lewat mengadap Fesbuk, Download Movie berjam-jam..(bukan AA tp contoh je )  Nampak macam remeh dan tidak perlu dikongkong. Tetapi, segala penyakit ini boleh membawa kesan buruk pada diri kita kelak.. Niat kawan rapat kita untuk menberatkan mulut pada awalnya nak jaga perasaan kita ..Jangan bagi sentap.. Nanti kalau sentap, takde member nak pergi shopping..makan..gossip.. Sebenarnya,sekali kawan kita biarkan.. Lagi laaa kita tak rasa benda itu salah walhal,memang salah..Jadi nak siapa tegur? Famili kita tolak ketepi sebab mereka jauh dari kita ketika studi..

Biar Sentap Sekali.. Baru kita boleh berfikir
Kalau kawan yang tidak rapat,lebih cenderung untuk bertukar-tukar idea.. Bercakap pun tidaklah terlalu mesra. Borak pon sekadar- street to the point.. Misalnya,dalam kumpulan esaimen. Tetapi boleh menjadi boring jugak.. Tidak ada idea menarik untuk meneruskan perbualan .Sometime,mereka boleh jadi penasihat dan pemerhati luaran kita.. Contohnya, "eh u look i jenis orang yang macam mana eh... " "entah.. tapi i tengok u  suka cakap tergagap-gagap..Maybe u boleh berlatih lagi untuk jadi good presenter...".. Kita pun boleh muhasabah diri dan fikir sejenak.. tapi kita boleh terima kenyataan itu sebab bukan kawan rapat kita pun.. Kalau nak jeling lelama pon takpe,sebab kawan dalam tugasan jew..(ceh )  Hee.Xdela.. Mana tahu boleh jadi kawan rapat sok lusa..


AA ada ingat kata-kata ini..
"Kau baik laa weh" si A kata
"Kau ni cantik laa" si B kata
"Kau bijak ah" si C kata
--See? Puji la sangtt orang tu kann.Ianya datang dari hati atau bibir? AA tak nak sentuh bab hipokrit.. Err jadi panjang pulak entri kang,,hmm... persoalan ini ,kita just berkata dalam hati.. "hmm.. dia saje nak test iman aku kut"-- "doa ni.. aminnn" --  ngaaaaaa...

AA selalu lupa diri.. Bahaya kan?
Kalau ada orang puji ,AA selalu senyum sendirian. Sampai lupa kita belum capai tahap sepatutnya. Pencapaian masih biasa-biasa.. Dalam terbuai-buai dengan pujian,sehingga kita terus alpa.. Dan baru tahu,perspektif orang berbeza-beza... si A kata bagus.. si B kata sebaliknya.. Disitu,kita dah scanning mana silap dan kekurangan diri... "Oh.. Itulah aku.. orang puji sikit terus buat kerja ala kadar je..well,dah orang kata bagus kann "  Jadi, kesilapan yang didiamkan ini lebih bahaya secara halusnya.. Semoga AA dan korang,akan dapat kawan sekaligus penasihat yang bagus... Sama-sama saling memupuk teguran membina... 

Tegur Untuk Diri Sendiri
Anif, kau dah besar.. Kena pikir panjang siapa penasihat kau selepas ini.. tetapi carilah penasihat yang betul-betul matang,sahsiah dan open minded..Ya Allah ketemukan lah ia untukku.. 





NOTA KAKI1: Dah tersungkur,baru tahu.. Kawan sendiri yang tolak,selama ini kita salahkan kawan esaimen pulak.. *sindiran je
NOTA KAKI2 : Siapa nak daftar churp-churp disini.. 

19 comments:

Alif Haris said...

takpe .. semua ni proses pembelajaran kita tentang kehidupan :)

Addin said...

bila dah dewasa , cabaran dan dugaan yang kena tempuh lebih kuat. dan itu memerlukan satu pemikiran yang sangat matang.bijak membuat keputusan.

Anonymous said...

mmg kite suka org puji kite. tapi jgn suka melampau sbb kite pun tak pasti ikhlas ka dia puji atau itu sekadar kiasan ka (sindir).

Apa2pun anip kena sentiasa set mind yg anip masih byk kena blajar tak kire la apa saja baik ilmu dunia or ilmu akhirat. coz ilmu tak penah abis. (^^,)

RHI said...

betullah tu, kawan rapat ni, memang susah nak komplein, takut bargaduh pulak...fikirlah sendiri

Nasitah Mada said...

memang tips yang sangat berguna.. kita mesti ajar diri sendiri untuk berdikari tetapi jangan sampai lupa diri.. lari dari topik kew nie?? heheh..

alia zainol said...

pandai2 la cari kawan yee..

tajuk tu memang macam tajuk lagu..'kebahagian dalam perpisahan' mungkin? hehe

amrlaqm said...

aku pun slalu lupa diri..
wahahaha :P

Lea Isnawi said...

lea selalu jarang tegur kwn takut die kecik hati

tp kalo die tanya..baru lea jawab dgn jujur..hehe

"aku teruk tak?"

"ko bla bla bla bla"

adwafarahin said...

klu nk tegur kene dgn cara berhemah la :)

Hans Hanis said...

hehehehe
nice entry ko nih
thanks sudi singgah blog aku yg kecil tu...
aku bukan budak filem tapi aku minat filem :-)

p/s : wan maimunah pelakon air mata :-)

Auni Aizie. said...

aku ade sorang kawan.
dulu dia takda girlfren dia rapat ngn kiotrang. then bila dah ada girlfren , langsung lupakan kitorang. asyik2 awek. lagi la, awek dia tu nak bekepit je 24 jam . duit kawan kitorg pun duk lebur cemtu je lah kat awek dia .alahaiiiiii . kemon lah , kemonn.

haha , lepas perasaan kat sini .
salam kenal :)

Unknown said...

ssh wooo nk tgur org...
kne pkir ayt y x mnyakitkn hti..
kang sentappp.. ssh plak hehe

Unknown said...

nice entry~

semutsengal said...

Err,

jangan tegur..


LALALALLALALA.

amirnawawi said...

Ha3.. Kalau cakap secara jujur kan, ko kate xsupportive plak.. Sebab tu kawan ko cakap yg baik2 jer tuh..

Anonymous said...

Kte selalu pk dua tiga kali ble nk tego org T^T

contoh: A+B=couple=pegang2 sana sini.
Mulut mmg dh rasa nk luah tp tak boleh sbb mmber -- EEEEEEEEEEE!

*btw, org lain tego dia boleh ckp "mcm kau kuat iman sgt nk tego org" Eh, cit je.

Haha, lpas geram plak :)

shamyheart said...

Kdg2 susah nak tegur kawan sendiri. tapi kalau kawan rapat tak pe la. sebab kita dah faham dia, dia dah faham kita.

kalau kawan biasa tu susah, sebab kalau kita tegur kang, dia rasa kita nak tunjuk bagus. Ah, susah!

Cth bab pakai tudung. kawan rapat, bila tegur, dia ok jer. tapi kalau kawan biasa, kalau tegur, ego dia terus naik.

NiGhTiNaNgLe_FARA said...

mr aa..
u r the best!

YouSOF said...

Belajar dari kesilapan dan teguran.. Kadang² kita tak sedar yang cara kita tu ada silap selagi orang tak tegur. Masing² saling perlukan.. Kena pandai cari kawan dan sedia dengar nasihat je..