Wednesday, September 21, 2011

Ada Sesuatu Yang Kita Terlepas Pandang?


eh wan maimunah lagi.. sejuk mataku memandangnya.. :)

Assalamualaikum,hari ini cadang nak bagi entri motivasi sikit . Hope korang suka.. Rasa suka kut kan?? :P
Tahu tak, di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah Taala

1)Secara langsung
2)Secara tidak langsung

Secara langsung, bolehlah diterangkan seperti langit,hutan,sungai dan lain-lain. Ayat mudahnya,apa jua yang ada di bumi secara semua jadi. Paham?

Manakala secara tidak langsung pulak,bangunan,perabut ,pakaian dan sewaktu dengannya.
AA nak tanya,antara kedua-dua jenis ini manakah yang lebih menenangkan jiwa dan hati kita apabila kita lihat lama-lama? Sudah pasti jawapan korang- Penciptaan dari Yang Maha Esa.

Ouhhhh.. Baru Aku Sedar!

-Kepada pembaca yang disayangi, siapa yang suka sangat tengok langit? Sila angkat kening.. Hehe..Apabila kita lihat langit,sure kita akan rasa nyaman,lapang dan tenang jew.. Betul tak?Kenapa langit? Baiklah.. Kita akan paham erti ketenangan yang sebenar-benarnya jika dikaitkan dengan Allah. Benar… Pandang langit dah tenang,tapi bukan langit itu yang menenangkan kita.. Tetapi ketenangan itu dari Allah dan tandanya,Dia 'dekat' dengan kita. Subhanallah..

“Pandang dan hayatilah alam ini dengan pandangan hati”

“Dialah yang menghidupkan dan mematikan,dan Dialah yang mengatur pertukaran malam dan siang.Apakah kamu tidak berfikir mengenainya?” (surah al-Mukminun 23:80)

AA suka pijak mereka tetapi mereka hebat!

Hampir setiap hari, AA akan pijak dia. Dimana-mana  sahaja,dia tetap meng’karpet’kan laluan kita. Agak-agak hebat tak dia? SUDAH SEMESTINYA HEBAT! Dia itu,AA tujukan pada rumput. Rumput ini kalau kita lihat dari matakasar memang biaserrrrr jew..  Jikalau dari sudut motivasi, rumput ini sangat tabah dan cekal sebenarnya. Buat macam mana pun, dia tetap tumbuh menghijau.. Tak merajuk pada tanah. Tanah pon ada kawan kan.

 Ok, kita dah dapat point disini betui tak?Pertama, Jangan hina benda yang remeh pada pandangan mata kita tapi hakikatnya benda itu ada unsur  positif yang perlu kita learn more… Kedua, belajar menghargai ciptaan Allah Taala. Cuba korang duduk kawasan berbukit,baru korang tahu penting atau tidak rumput ini (misal,elak hakisan tanah)

Selain rumput, kita selalu jugak pijak semut kan? Kasihan semut itu. Mereka penat buat rumah,esok hari kita dah runtuhkan. Mereka berhijrah…  Tia-tiba,banjir pulak . Mereka mati. Adakah itu takdir haiwan bernama semut? Oh tidak… Kita kena berlajar dari segi survival . Sambil menasihatkan diri jugak, benda ini remeh je. Tapi kita kena belajar dari remeh dah jadikan panduan pada hal yang lebih besar. Semut ini sangat rajin dan suka tolong menolong.Alangkah indahnya jika semua manusia ada sifat begini..

Manusia: “ah.. kau buatlah sorang-sorang.. aku malas lah.. nak main facebook sat”
Semut: “Kita kena berusaha keras. Kita ramai musuh. Jadi,Jangan tunggu lagi mari kita berkerja sama”

Di dalam badan Orang Jepun ada sifat semut?

Orang boleh kata apa sahaja tentang semut sebab dia binatang,tetapi orang akan terdiam apabila berkata tentang manusia yang di-bar code  budaya Jepun. AA nak sangat pergi Jepun,Serius! Sejak tengok citer GTO,semakin membuak-buak untuk ke sana.. Mahu belajar BUDAYA,GAYA HIDUP,PROFESIONALISME mereka!

**symbol “ = “ialah ada persamaan

Semut=Jepun =Kecik=Laju=Lincah=Teamwork=Rajin=Pulun=> Berjaya

Semut ada markas,Jepun ada negara sendiri yang GAH!

Lecturer AA ada citer tadi, dia kata budaya kerja kat sana@Jepun.... Sebelum balik dari kerja, mereka akan turunkan komputer letak bawah meja ... Licinkan meja dari sebarang alatan/tugasan..... Naikkan kerusi atas meja dik! Ok,korang gelak,macam budak sekolah ye dak.. Tapi, budaya mereka, kalau kerja tak abis.. akan terus buat ikut arahan! Bila dah abis... Mereka akan habiskan terus, feel free jew balik rumah.. Fun!Rest!... Lepas tuh,esok awal-awal pagi, turunkan kerusi.... Lap meja dari sebarang habuk.. Lap dekstop ...Even dah 10 tahun pon, still nampak baru dekstop tu woi!!  

Agak-agak,bila lah budaya camtuh nak ada kat orang kita ya?? Hmm....

Wake Up!

Sia-sia sahaja kawan, kita pikul buku teks seberat 4 kilogram, 500muka sura,dibalut cantik-cantik – tetapi gagal untuk memahami dari sudut mata hati. Sekadar menghafal,its nothing!
Sia-sia sahaja cikgu,kita suruh anak murid datang kelas pandang tulisan marker pen.. Conteng sana-sini BUKU LATIHAN, tetapi tak nak suruh belajar diluar kelas.. Suruh tengok segala penciptaan yang teragung dari Allah Taala, Subhanallah..(wahai cikgu.. tak luak pun silibus kalau duk 1 jam/minggu di luar kelas, suruh pelajar bukak mata hati ..AA berani bersuara sbb ramai cikgu nak kejar A+++ jew. Sori,i got xperience)


NOTA KAKI: Semasa taip post ini, tetiba air mata berlinang..Maybe ..erm, I dunno.. 

25 comments:

cik sakdi said...

ok, betul la tu. cume budaya jepun tu susah jugak kadang kadang. disiplin dah elok, tapi kalau diorang gagal dlm hidup,, bunuh diri. pastu masa dengan keluarga kurang.

PemilikCahaya said...

@cik sakdi tu sebab kita ada agama..yg membezakan kita dgn jepun adalah agama, slagi kita berpegang pd agama Islam, bunuh diri ke hape x kn jd punyer..mana yg baik kita ikut lah, mana yg jahat x payah tahu langsung,,

Anonymous said...

Ok sungguh nice ni ;) Hee, jom pg Jepun sme2^^

PemilikCahaya said...

ye betul tu anif..sgt tenang bila lihat alam ciptaan Allah..aku dulu prnah lepak langkawi 4 bulan, setiap hari kalau aku tak tgk laut, aku rasa cm x sedap hati..so mmg aku tiap2 hari akan pandang laut, dan mula terfikir,betapa kecilnya manusia dimuka bumi ini tetapi kenapa masih ingkar dgn apa yg Allah perintahkan?

si kiut lavender said...

sebab tu cikgu skl cakap yg rumput ni bagai melukut di tepian gantang..tapi jarang org sedar rumput yg dorunk pijak ada kepentingannya..

budaya di jepun kerap kali dipuji...
ckgu skl cakap sesi persekolahn dorunk habis kol 4 ptg,,tapi klau kat sini habis lewat skit ja terus gelisah x tentu arah..

amirnawawi said...

Yes!! Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Allah takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia.. Setiap ciptaannya akan ada kegunaan nya.. Lihat guna mata hati dan kita akan temui jawapannya.. Allahuakbar!

nine said...

AA, awk buat saya menangis! :'(

Liyana Zahim said...

Impresive.. Quite impresive.. Gud for ur to share tis.. Alam tu sentiasa dkt dgn kite tp kite tatau cane nk apreciate dia.. Sdgkan die slalu ada tnpa pernah 'lari' dari kita.. Tp still kita musnahkan bukit bukau, pokok2 waima sungai skalipun kite cemar..

RHI said...

betul tu Anif, sepatutnya kita buat contoh yang paling dekat Jepun ni, lihat saja tadi perlawanan bola sepak, jauhnya kita ditinggalkan oleh kehebatan mereka

Anonymous said...

weyh , cyes entry ko buat aku sebak !

amrlaqm said...

anif, jom jalan2 pegi jepeun nak? :P


*terbaekkk entri nie.. :)

adwafarahin said...

budaya jepun mmg respect sgt dorang sgt berdisiplin klu kite ikut contoh diorang konpem kite maju gak cm diorang


*suka tgk langit! subahanallah allah sgt dekat ngan kita kan :)

Umie Nadhirah said...

aku nak darah semut... darah semut.. darah semut.. warr warr warr warr..

suke entry kau yg ni.. terbaek!!

fiqah said...

input motivasi yg sgt brkesan...prtama kali mndengar motivasi begini..good info :)

Anif Abdullah| AA said...

cik sakdi: true life yang diorang bagi terlalu all out... hmm,its ok. ambik yang baik...

eszyamin: ambik yang baik . i got ur point :)

si kiut lavender: 4 petang eh? lama kan.. hmm

amirnawawi: betui tuh :)

peah glemer: .......

liyana zahim: thanks.. such thing yang kita perlu fikir

yatie awang: belajar dari kesilapan kan kak... :)

Fara E's: thanks :)

amirul aqiim: jomm!! thanks :)

adwafarahin: yes,you are :)

umie: hehe... :P

fiqah: i hope so :)

Alif Haris said...

jepun ?
ko nk ulas pasal die mengapa die menang bola lwn mas mlm td ke ..haha

Nana said...

nana suke tengok langit kalo ade prob..lagi best time malam kan..tenang je hati tengok penciptaan-Nya~

*yeah, nana agree dengan abg AA..i got the experience too..well, nana dulu sekolah pandai.taw2 je la cam ne belaja kat sane..actually belaja x perlu dipaksa..setiap orang care belaja lain2..stress sangat,,mostly teacher nak students dorang dapt A+..nak kejar top ranking la katekan n not forgotten nak jugak sekolah kluster..

- said...

i like this entryy ! :)
saya memang suka pandang langit dan pkok2 setiap petang bile balik jalan kaki ! :)))

menarik cara jepun :))

bro ! heee . lame tak kacau sini . heeeee

sayakayrulez said...

ciptaan allah mmg indah!
xle nak sangkal kan beb!

nurulain1011 said...

saya suka tengok langit..rasa tenang je..tapi bahaye skarang nak dok tenung langit tu lama2..takot kena rompakk..haha..hadoiiyai..

Unknown said...

dan jgn lupe yg jepun ni jenis humble :)

pudenz said...

post ini hebat...nice bro

Fathiah Hamim said...

awesome! terbukak mindaa

shamyheart said...

pandand sekeliling, dan buka minda mata hati =)

bila dah lihat ciptaan ALLAH, sebutlah "subhanallah"

iPai said...

bergenang ... sebab tuh org kata kita disarankan menyampaikan dakwah .. sebab, kadang2 bukan utk org lain, tp untuk diri sendiri ..

aku suka part rumput tuh ..

kalau kita berfikir, semua benda di sekeliling kita pon memberi pengajaran kepada kita ..

terbaik entri AA ni