Sunday, September 18, 2011

Maaf, Tak Selesa Dengan Lelaki Yang...

err...

1)Aku Ada Anting-anting.. Kau ade?

-Kebanyakan lelaki yang suka pakai anting-anting ini kurang kasih sayang sebenarnya…  Mahukan perhatian dari orang lain. Kepala lutut kau! Mana boleh pakai dow..  Kalau akak or adik perempuan kahwin, camne nak jadi wali? Siram air panas kat dalam telinga tu baru taw.. Hahaha.. Tak yah nak style sangat. AA tak pakai,orang still kata style ape..ecehh..So,jangan cuba ikut kawan k.. Tak bagus!!

2)Jambang berselerakan

-Kali ini jambang pulak tak reti nak cukur bagi kemas dan rapi. Hey bro,kau ingat kau hensem macam Heritik Rosann?  Eh Kalau student tu, takyah nak berdondang sayang bela jambang panjang- panjang la.. Kasi kumis sikit @ciput dan misai itu nipis dah hensem pun beb.. AA tak selesa kalau tengok diorang nie makan, lepas tu jambang dia melambai-lambai mintak suap.. grrr…

"AA i nak kahwin dengan u... May i?

"Oh noo!! i runnnnn "


3)Duduk sambil pegang ……

-Pegang apa ni? Err.. pegang tangan awek tersayang dia lahh tanpa memikirkan sensitiviti, cctv dan mata orang sekeliling…. Wah-wah-wah… Kemain tangan kau ronda-ronda kuala lumpur belai sana… belai sini… Orang lain nak makan pon ,rasa geli beb.. Agak-agak kalau dah gatai sangat, Cari kerja tetap.. Kumpul duit.. Kahwin.. OK tak 3 step nie? Hehe.. AA belum gatai lagi weh.. Studi dulu.. ececehhh..

4)Peluh Vs Rokok

Antara bau peluh badan lelaki dan bau rokok mana lebih harum? Kau gilerr… Takde kerja. Ha.Ha.Ha....Actually,bau badan lelaki nie kuat sikit. Jadi, kalau yang jenis malas nak bersugi eh silap pakai deodorant tu, sila-silalah jauhkan diri dari manusia yang wangi ya.. Kemain mewah bau selepas berjogging ,kau nak lepak ber-surat kabar kat sekeret recepis eh.. Kalau boleh, terus mandi beb.. Tak tau nak cakap camner kalau yang bangsa lain(somalia,bangla lagi pening) kan.. Hadap jelerr..hahaha..

 Lagi satu, bab rokok pulak..  AA paling tak suka bau asap rokok. Sebab utama, AA bukanlah seorang perokok (ikut abah tak isap k)..Baik tak? Hehe.. Jadi, kawan-kawan AA pon kebanyakannya akan duduk luar bilik untuk merokok..  Kalau tak nak duduk luar pun, AA suruh jugak duk luar.. Hamikkk… Hisaplah kau puas-puas..hehehe..

5) Cakap Nak Gempak jew

- Korang pernah tak berborak sambil bersugi dengan lelaki yang topik dia nak best je.. Kalau cakap pasal henpon, dia lah paling power… Kalau cakap pasal awek, dialah paling laju mencelah.. Kalau sentuh pasal studi, konon dialah pandai serba serbi- Hasilnya? Ampehhhhh… Hahaha..


 Kalau nak versi perempuan plak(entri lepas), klik -> Maaf, Tak Selesa Dengan Perempuan Yang..


NOTA KAKI: Nak Siku?

18 comments:

IMANSHAH said...

haha

i tak buat semua tu..wah

Nurnajwa said...

Ehem,

ade ciri2 yg kte ske.

Mind to be my future husband?
*haha, ok joke ;)*

Mawar berduri said...

hehe lagi satu x selesa ngn lelaki yg kuat befesyen .. mengalah kn perempuan :P hihihik .. best entri ni ^_^ peace !!

Umie Artoqiemie said...

bapak besar ear enlargement dia..
aku semput bila hidu asap rokok wlpn bapak aku smoker.

kjaharun said...

sama.. tak suka lelaki yg tersenarai d ats..

tp suka lelaki yang ade janggut kambing.. tu baru la style :)

Amirul Aqiim said...

aku slalu jumpa no 5~
benci kau tau tak?!
grrrrrr

kotak bulat said...

xske gak dorg.. =.='

cik sakdi said...

kehkeh.. bab merokok tu mmg la xsuke laki xmerokok,, tp kaum kerabat kat umah ni smua bantai mrokok hari2,, sabo jelah...euwww,, jambang melambai lambai mintak sup.. haha

MAYA_mustwany said...

yg pakai anting& ckp nak gempak sgt2 setuju.low profile la sikit kn..laki pakai subang xde encem nya..biasa is simple.ha3

Kim Hyun Arry said...

hahaha..mmgbtol,,nmpk sgt serabai mcm ape nth kan..hihi..of course lh msti yg kemas terapi n tersusun bru nmpk berseri seri muka..hehe

Yatie Awang said...

maaf, akak pun tak selesa dengan lelaki macam ini...ahahaha

sleeping_maniac90 said...

ak pn xleh ngn asap rokok..

doubleFF said...

jambang selerak, geli nok

Azham Vosovic said...

hahhaha, betul betul betul.....

pasal bau badan tu, serious betul heheheh

Saiazuan said...

i have to agree.. even zuan pn x suka laki mcm ni..

amirnawawi said...

Ha3..aku tak suka asap rokok gak.. xtau kenapa but aku rasa cam xleh bernafas dengan sempurna bila bau asap nih..

EzayHadry said...

cantik subang koo...wakakak

sha my heart said...

Tak suka jugak.

Pening bila bau asap rokok.