Salam Readers!!!
Memandangkan hari ini idea agak kureng lah, kasihan kawan-kawan yang datang blog capuk ni.. Diorang ingat AA ade entry baru..WAHAHAHA.. Al maklumlah, nak balas kunjungan line pulak gilerr wa cakap luuu.. haktuiii maxis.. (tumbuk bantal) So Entry kali ini nak share ILMU pada korang sume lah kan.. HEHE
SUMBER: KOSMO! Online
SERINGKALI kita melihat pautan-pautan di laman web atau video yang menggunakan imej-imej seksi ketika melayari laman sosial kegemaran seperti Facebook.
Ayat-ayat yang digunakan pula berbaur seks dan sangat jelas untuk difahami bagi menambahkan lagi keinginan seseorang untuk melihatnya.
Terdorong oleh nafsu, butang diklik tetapi tiada apa yang berlaku. Sebenarnya tanpa disedari, anda telah diserang dengan aktiviti phishing.
Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari.
AA --> Macam yang berlaluasa sekarang, "How Are You.." adess, memang kurang kasih sayang betul hacker2 ni..Dah terlebih pandai camtu lah.. Nak menjahanamkan sistem imuniti lappy owang je keje chooooo... Aterr??? Mana mau nyeee benda ni ilang kan... Melainkan ada software tertentu yang dapat detect aktiviti kotor ni kan..
Aktiviti tersebut semakin kerap dapat dilihat di laman-laman sosial sejajar dengan kenaikan kadar penembusan Internet terutama laman sosial di Malaysia.
Menurut syarikat yang menjalankan kajian pemasaran Internet, comScore, Malaysia adalah negara kedua paling tinggi aktiviti penembusan rangkaian sosial di Asia Tenggara iaitu sebanyak 91 peratus selepas Filipina.
Link jahat
Tambahan pula, menurut Peneraju Perniagaan Norton rantau Asia Selatan, Symantec, Effendy Ibrahim, Laporan Jenayah Siber Norton 2010 menemui 65 peratus pengguna internet di Malaysia tidak meletakkan seting akaun laman sosial mereka kepada tahap paling tinggi.
“Ia menjadikan informasi lebih mudah dilihat pada bila-bila masa. Selain itu, kajian turut menemui kebanyakan penjenayah siber menggunakan laman sosial sebagai tempat menghantar link ringkas ke laman web yang berniat jahat,” ulasnya lagi.
Link-link ringkas itu dianggap berniat jahat kerana ia akan membawa pelayar Internet ke laman web yang berbeza seperti dipaparkan, manakala destinasi sebenar link tersebut disembunyikan daripada pengetahuan pelayar Internet.
Kebanyakan link tersebut menggunakan paparan dan imej yang seksi bagi menarik pelayar Internet supaya mengklik link ringkas tersebut.
AA --> Betul gak apa yang disampai.. Kadang-kadang,kita jadi pelik,apsal lah wall kita ada yang post pelik-pelik.. Sekarang bukan zaman 90an lagi woii, nak klik-klik sesuka hati.. Nak atau tak nak, sehari mesti ada SPAM sampai gak... So, berfikirlah sebelum klik ya Abang..Kakak... dan Adik sekalian..HUHUHU
Sepertimana dalam blog jugak, ada jer spammers ni.. Boleh plak duk menyemak kat Shoutmix tu.. Silap2, AA ban je terus link dia.. Puas hati.. HAHA..
Jenis link
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP), Johary Mustapha, 33, berkata, terdapat dua jenis link yang sering dipapar dalam laman sosial atau sesawang seseorang itu.
“Kedua-duanya bersifat mengelirukan dengan paparan wanita seksi atau berbentuk soalan kuiz tetapi berbeza tahap bahaya.
“Salah satunya adalah semata-mata bertujuan untuk pengiklanan sahaja. Ia dapat dikesan apabila arahan akhir yang diberi adalah memasukkan nombor telefon sebagai pengesahan,” ulasnya ketika dihubungi Infiniti baru-baru ini.
AA--> Betul..betul, kita pon terus terperangkap wooii..HAHAH.. Ada pulak tu, dia suruh kita tembak burung la.. Tamatkan laluan ke garisan tamat la.. Kesah pulak kan??? Ini semua strategy marketing dari company pengiklanan jugak la..
Menurut Johary, pautan itu dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dianggap sebagai kreatif memanipulasi orang ramai supaya melawat laman web mereka.
Tambahnya, link sebegitu tidak akan merosakkan atau mendatangkan bahaya kepada pengguna jika ditekan berbanding dengan jenis pautan yang lagi satu.
Pautan kedua dianggap merbahaya kerana ia menyebabkan gangguan Adware walaupun masih menggunakan teknik yang sama sebagai tarikan.
Link tersebut boleh dikesan apabila setiap kali pelayar Internet menekan butang pautan untuk menonton video atau sebagainya tetapi, tiada apa yang berlaku.
Malah, dalam sesetengah pautan, ia mengkehendaki pengguna memuat naik perisian atau fail dengan alasan jika menonton video akan menjadi lebih cepat.
“Serangan Adware sangat berbeza dengan virus, ia tidak akan memberi kesan kepada komputer atau telefon bimbit tetapi, berkemampuan mengumpul semua data yang pengguna masukkan,” katanya.
Data-data seperti kata laluan untuk Log In laman sosial, kata kunci, nombor akaun bank yang lebih dikenali sebagai Cookies boleh dikumpul dan dihantar kepada individu yang mencipta link tersebut.
Ujar Johary lagi, pengguna dinasihat supaya berhati-hati dengan arahan memuat naik fail yang mempunyai nama domain .exe dan .bat kerana apabila sesuatu perisian secara tidak sengaja dipasang, pengambilan data menjadi lebih mudah.
“Serangan Adware boleh dikesan apabila setiap kali laman web dibuka, amaran Pop-up akan muncul,” ulasnya lagi.
Bagaimanapun, Johary menambah bagi perbankan internet, tahap keselamatannya tinggi hingga ke tahap dua atau tiga seperti memerlukan pengguna membuat pengesahan melalui telefon bimbit.
AA --> Patutlah pon AA selalu dapat iklan macam nie.. "Congratulation, you successfull ...and get money beribu-beribu dolar.. Wah! kaya sangat lah kan .. Tapi tak semudah itu ,dia nak tipu kita rite.. Paling menakutkan dia sebut nama tempat sekali woooiii.. AA rasa,dia dah simpan IP ADRESS kita ah dalam sistem diorang.. Bahaya dow.. Itu sebab AA jarang bukak Facebook sekarang.. Kalau nak ping blog je bukak.. kalau tak, memang tak ah.. BUkan sombong noo,tapi langkah berjaga-jaga.. Kang my lappy bermasalah, tak dapat lagi nak blogwalking blog comel korang.. KEKEKEKE..
NOTA KAKI : Dalam blog ini, korang bebas nak KLIK mana- mana pon.. Al maklumlah, nak dapatkan BE dari NUFF kali ke 77 ni..errk..MUAHAHA.
|
| klik-klik
V
14 comments:
ohh nasihat ini macam dr atok lah :D
syrupmasin: nasib atok ni dah tak rabun macam orang tuh woo..haha
wah, anip dah macam penganalisis berita.. haha~
Pasal kenapa M'sia jadi no 2 plng bynk maklumat diceroboh adalah kerana malaysia plg ramai yg ada fb di dunia. bukan setakat asia tggra.
kb pun dah tak lyn sgt fb ni...hehehe.. selalu download bnda2 merepk lak tu..ehehhe.. :P
masuk FB bila ada hal je jemu ahh on lelama huhuhu
nice sharing.. :)
suka pic yg seconad last..cantik~~
@kak sha:haha.. sesekali la kak.. :P
@KB: tula kan.. jangan terkena virus sudah la..
@jiejah gorjes: tula pasal kan.. chat sesekali pon dah ok :)
@e'in: thanks eh..hehe
@cik pip: hahaha.. yeh??
pernah terima spam dan sengaja nak spam org..haha
hehe.. nice info :D
Post a Comment