Sunday, July 17, 2011

J.Lo dan Marc Anthony BERPISAH


JENNIFER LOPEZ dan Marc Anthony semasa menghadiri majlis Met Gala di New York awal tahun ini.


NEW YORK, Amerika Syarikat - Selepas tujuh tahun hidup bersama sebagai suami isteri, penyanyi seksi Jennifer Lopez dan Marc Anthony akhirnya mengumumkan perpisahan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengumuman mengenainya dibuat pasangan selebriti berkenaan dalam satu sidang media tengah hari semalam tetapi punca mengapa perpisahan itu berlaku tidak didedahkan.

"Kami memutuskan untuk menamatkan perkahwinan kami," kata kenyataan tersebut.

"Ia sukar tetapi kami telah mencapai persetujuan dalam semua perkara berkaitan isu ini," tambah kenyataan sama.
Lopez, 41, yang lebih popular dengan gelaran J.Lo memiliki sepasang anak kembar berusia tiga tahun iaitu Max dan Emme bersama suaminya yang setahun lebih tua.
Perpisahan penyanyi berkenaan yang popular menerusi lagu-lagu seperti Jenny from the Block, Love Don't Cost a Thing dan terbaru, On the Floor, mengejutkan ramai peminatnya selepas pasangan itu dilihat amat mesra ketika tampil di khalayak di sini pada pertengahan bulan lalu.
Sebelum ini juga tiada sebarang tanda atau desas-desus yang menyatakan berlaku keretakan dalam hubungan rumah tangga pasangan tersebut.
Cinta Lopez dan Anthony berputik selepas penyanyi wanita itu putus tunang dengan aktor popular, Ben Affleck pada Januari 2004.
Pada Jun tahun yang sama, mereka mendirikan rumah tangga dalam satu majlis rahsia di kediaman mewah Lopez di Beverly Hills, negeri California.
Semasa majlis perkahwinan itu berlangsung, Anthony yang merupakan penyanyi popular irama Latin, baru bercerai dengan isterinya iaitu bekas ratu cantik Miss Universe, Dayanara Torres.
Penyanyi yang popular dengan lagu My Baby You itu memiliki dua anak lelaki, Cristin 10, dan Ryan, 7, hasil perkahwinannya dengan Torres. Dia juga memiliki seorang anak perempuan remaja, Arianna, hasil hubungannya sebelum ini.
Lopez yang mengungguli senarai individu paling cantik majalah People tahun ini pula sudah dua kali berkahwin iaitu dengan seorang pengusaha restoran, Ojani Noa dan penari Cris Judd.


 Apa masalah mereka? Ramai yang suka kut diorang ini together-gether sebab nampak kerasian disitu.. Adess.lantak lah kan.. Kat luar negara ni tukar pasangan macam tukar bateri AAA.. Habis guna,terus out.. HAHA

Maybe ade sebab tertentu lah tu.. Wah, sejak bila AA tekun memerhati gelagat retisss ni.. 
Well, kalau J.Lo memang tak dapat nafiii.. Mesti orang akan ambik tahu jugak kan ...Walaubagaimanapun, hope J.Lo atau nama kampungnya kak jijah lodeh terus tabah dalam menempuhi hari mendatang.. KEKEKE
Lagu baru J.Lo ,On the floor ni sape dah dengar? Lazat kannn? Rasa macam nak dance la pulak..HAHA. 
oh ye,anda boleh donlod terus lagu nye di bawah entry ini..AA sediakan link ;)
NOTA KAKI: J.Lo pernah jadi akak angkat saya.Sekian.

12 comments:

Zharif Azis said...

serious jlo dah berpisah ? sedeyh nyaaa =(

cik sakdi said...

eh tapi leh tahan lame gak diorang kn.. romantik habis la dulu cter nak sehidup semati.

aiseh tukar bateri AA. dah xade tenaga beli yang lain ehh. HAHA

Anif Abdullah| AA said...

@zharif: yup.. dgr kabar cmtu la..peminat ke?hehe

Anif Abdullah| AA said...

@cik sakdi: taw xpe.. tp kalau tgk mmg cun dah hubungn dorang ni..hmm..bateri cas semula ade x?hehe..

Anonymous said...

Ahahaha, biasalah org sne dgn org sni ta sama :D

Ecehhh AA, ye ye kakak angkat XD Hahaha.

Abu Huzaifah said...

nice info.. :)

Anif Abdullah| AA said...

@najwa: kann.. dorang mmg bebas je nak watpe ye x.. hehe

Anif Abdullah| AA said...

@Abu: just share je ni..hehe

Alif Haris said...

addooii awat la dorag ni berpisah kan .. huhu .. tak setia betul huhu

Unknown said...

perghh ye ke j lo penah jd akak angkat kau doe?? untung lahh :D

Anif Abdullah| AA said...

@Alif:sebab...ko setia tak? tryla usha si jlo ni.kekkeeke

@Syrupmasin:whahaha.. ayat 'untunglah' cm perli je..

iPai said...

yes .. boleh aku pulak masuk line .. jangan jeles kalau jumpa aku dalam surat kabar ..